Thursday 22 August 2013

Resepi Simple Lasagna

Ohooi.. Senang je nak buat lasagna ni. Sorry, gambar tak banyak yang ada tapi ni antara bayangan yang boleh korang imagin.

Ni instant lasagna yang boleh dibeli dekat Tesco atau Giant.

Please ignore cendawan organik dekat belakang tu entah macam mana termasuk sekali.




Bahagian A - Sos Daging
1 kotak instant lasagna
1 paket cheese parmesan dan mozzarella
2 tin sos pasta (jenama - prego)
1 paket daging kisar/cincang (jenama - ramly)
3 ulas bawang putih
1 biji bawang kuning/bombay (menumis)
4 sudu besar minyak zaitun (menumis) - guna minyak biasa pun tak apa
1 tin cendawan butang (jenama - ayam brand)
1 tin tomato puree (kalau nak bagi pekat)
1 sudu besar sos cili
serbuk black peper, garam, serbuk oregano dan gula secukup rasa

Bahagian B - Sos Putih/ Bachamel
3 sudu besar tepung gandum
3 sudu besar butter
500ml susu full cream /fresh cream (jenama - dutch lady)
1/3 cawan keju cheddar/cheesedale (pilihan sendiri)
sedikit serbuk black peper
garam secukup rasa


Cara Masak Bahagian A - Sos Daging
1. Masukkan 4 sudu besar minyak zaitun.
2. Tumiskan semua bawang putih dan bawang kuning yang telah dicincang sehingga naik bau.
3. Masukkan daging cincang sehingga daging menjadi agak masak.
4. Kemudian tuangkan sos prego kesemua sekali dan masukkan tomato puree.
5. Gaulkan sehingga bahan-bahan menjadi sebati, masukkan garam dan serbuk oregano secukup rasa.
6. Selepas itu, masukkan cendawan butang yang telah dipotong dadu serta 1 sudu besar sos cili.
7. Taburkan sedikit serbuk black peper. 

Cara Masak Bahagian B - Sos Putih/ Bachamel
1. Cairkan butter dengan menggunakan api yang kecil.
2. Masukkan tepung gandum dan gaul sebati.
3. Masukkan susu full cream.
4. Masukkan keju cheddar/cheesedale dan kacau sehingga keju menjadi sebati.
5. Masukkan garam sedikit dan gaul sampai agak kelikatan. 
6. Kemudian, tutup api. Ehehe!

Cara Melapis Lasagna
1. Ambil loyang yang mana korang nak. 
2. Lapisan pertama paling bawah, letakkan kepingan lasagna sehingga memenuhi loyang.
3. Lapisan kedua, taburkan dengan sos daging (bahagian A) yang dah dibuat tadi.
4. Lapisan ketiga, tuangkan sos putih/bachamel (bahagian B) sampai menutupi sos daging.
5. Ulang semula susunan kepingan lasagna, tabur sos daging dan tuang sos putih sehingga habis bahan.
6. Kemudian taburkan cheese parmesan dan mozarella sebanyak mana yang korang nak untuk lapisan paling atas
7. Pastikan oven dah dipanaskan awal-awal dengan suhu 180 celcius, so boleh la bakar dalam 30-40 minit sehingga nampak kaler cheese agak keperangan. (ikut size loyang korang jugak la, guna api atas dan bawah okay!)

Selamat mencuba semua. Dah siap nanti tangkap la gambar bagi ke Dilisyes. Yeah, rock n roll!


Lasagna!


Saturday 13 July 2013

Pedih.


Aku baru saja lepas beri dia kata kata nasihat tentang harus jadi lebih kuat dan jangan biarkan orang orang sekeliling layan kau macam budak sekolah yang tak tahu apa apa, rendahkan kau, pijak kepala kau serta macam macam perlakuan bodoh lain. 

Dia kata, saya tak sekuat awak. Macam mana awak jadi kuat eh?

Aku ketawa. Aku tunjuk ini, sambil pusingkan badan tunjuk bahagian belakang. Nampak tak? Aku tanya. Dia angguk angguk. Aku tanya dia lagi, nampak apa?

Dia jawab pisau. Aku geleng kepala. Bukan pisau, kataku. Habis apa? Tanya dia. Aku senyum lagi, dan menjawab -

pengalaman.

Maisarah Puasa Ni! - episod 1

Tahun ini, Maisarah dah pasang azam nak puasa penuh. Tahun lepas Maisarah puasa tak penuh sangat, banyak kali juga la dia pergi dapur minum air dan kantoi dengan ibu. Ada sekali tu dia pakai strategi buat buat lupa, tapi lepas itu ibu jumpa roti gardenia dengan nutella dalam bilik. Hihi

Hari ini hari pertama Maisarah puasa penuh. Kawan kawan dekat sekolah semua mengaku dah puasa penuh. Amran si Ketua Darjah yang gemuk tu pun mengaku puasa penuh sejak umur tiga tahun. Maisarah tak berapa percaya sangat, kalau betul puasa sejak tiga tahun, kenapa badan montel macam anak gajah. Hehe, Maisarah ketawa dalam hati. Ketawa dalam hati tak dosa.

Siang tadi, waktu dekat sekolah, masing masing cerita sahur pagi tadi makan apa. Semua mengaku bangun sahur, sampai Rajesh pun tak nak ketinggalan mengaku bangun sahur.

"Hangpa mangkit soq tak pagi tadi?" tanya Amran. Semua orang kerut dahi, ada yang tengok muka Amran dalam dalam, macam dia alien gemuk yang terjatuh dari bawah cahaya lampu spotlight macam Mr Bean. 

"Soq tu apa?" Mimi tanya. Amran jawab, sahur. Semua orang pun tanpa sebarang signal atau kiu kad terus muncung mulut dan cakap ooooo ramai ramai. "Cakap la sahur..." kata Mimi sambil tersengih menampakkan gigi rongak.

"Sahur tadi aku makan KFC" kata Amran. Sekali lagi semua disitu tanpa sebarang signal atau kiu kad terus muncung mulut dan cakap oooooooo. "Seronok la makan KFC. Kita pagi tadi sahur mee goreng dengan telur je mama masakkan" Mimi sekali lagi tersengih.

"Kau sahur tak Rajesh?" tanya Amran. Lekas lekas Rajest mengangguk, "Aku sahur makan capati. Sedap wooo".

"Kau Maisarah?" Amran tanya lagi. Dia cuba pastikan tak ada siapa siapa berjaya sahur KFC atau hidangan yang lagi sedap daripadanya. Maisarah garu kepala, macam mana dia boleh lupa sahur apa benda. Nak tipu jawab sahur KFC juga, nanti orang kata tiru Amran pula.

"Kita jawab esok boleh tak Amran?" tanya Maisarah. Amran mendengus, "Kenapa esok? Jawab je la hari ini".

"Tak tahu nama makanan tu apa, sedap sangat ibu kita masak. Lagi sedap dari KFC" kata Maisarah sambil angkat ibu jari ke atas. Semua orang tanpa sebarang signal dan kiu kad terus muncung mulut dan cakap ooooo. Amran je tak cakap sebab dia cemburu.

Tengahari itu dalam kereta waktu pulang dari sekolah Maisarah tanya ibu, "Ibu, pagi tadi kita sahur apa? Kenapa Maisarah tak ingat?". Ibunya ketawa kecil. "Memang la Maisarah tak ingat. Bangun sahur pun tak, nak ingat apa" jawab ibunya.

Tanpa sebarang signal, kiu kad mahupun kawan kawan yang lain, Maisarah muncung mulut dan cakap ooooooo. Cakap oooooo sorang sorang.

Friday 12 July 2013

Kacang Pool di Johor

Hey! Ini bukan resepi. Cuma nak cakap yang salah seorang alien dari Dilisyes telah pergi merasa satu makanan yang dia tak pernah rasa. Peh, makanan baru kira pertama kali makan la. 

Hey! Teringat lagi masa jalan-jalan Johor dari pagi buta sampai la matahari terbit. Naik kereta sambil dengar lagu-lagu yang dimainkan. Perut pun lapar.. Tunggu apa lagi? Terus cakap, "Woi, kita nak makan dekat mana ni?" Tapi soalan tak berjawab dengan jawapan. Diam.

Tup tap, tup tap, sampai satu tempat masa tu nampak macam foodcourt yang tempat lain pun pernah ada. So, masa tu dah bayangkan mungkin makan nasi lemak ataupun mee goreng (bosan gila menu makan pagi!) tapi rupanya masa tu dah sampai satu gerai bernama Kacang Pool Haji. Oh rupanya sekarang ada dekat Medan Selera Larkin Bomba, Johor Bahru.

Kawan tu cakap sini ada special untuk makan pagi macam ni. Ah, rupanya apa yang bakal masuk dalam perut adalah Kacang Pool. Sebenarnya Kacang Pool ni sebenarnya roti bakar  dan semangkuk kacang parang dimasak dengan daging dah diblend serta sebiji telur mata separa masak. Lepastu ada la limau kasturi  nak perah bagi masam sikit kalau sesiapa yang suka. 

Apa yang tahu, Kacang Pool ni tak menggunakan garam, gula atau perasa tambahan sebab adanya rempah ratus resepi Haji Kacang Pool sendiri.

Cara nak makan ada pelbagai jenis cara la. Salah satunya depends on orang suka macam mana. Pastikan tangan dah basuh, doa dah baca. Apa lagi,  cubit roti bakar sebanyak mana yang kita nak kemudian cicah dengan kacang pool dan telur mata. Dah ready, kita makan. Ouch! Sedaaaaaaaappp....

Datang la sini gerai Kacang Pool Haji dibuka dari pukul 7 pagi sampai 1 tengahari dan harga dia RM4 untuk satu set (tak tau la pulak kalau dah tukar jadual dan harga sekarang ni). Okay, selamat makan!


Kacang Pool

Morning Glory.

Pagi tadi waktu atas motor aku ternampak pokok bunga seri pagi warna kuning tepi jalan. Aku berhenti dan petik. Tersenyum, aku sudah bayang dalam kepala yang sebentar lagi aku akan jumpa dia dan cakap hai! Tahu ini apa? Ini bunga seri pagi, atau dalam bahasa inggerisnya morning glory. Pagi ini, awak lah morning glory saya, kata aku sambil menyangkutkan bunga itu ke telinganya. 

 "Sebab awak buat pagi saya berseri!" Kami akan ketawa dan gigi taringnya melambai keluar dari celah bibir merah itu. Oh malangnya petang itu aku kembali ke rumah dengan bunga seri pagi layu dalam poket. Benar lah yang takdir Tuhan itu mentertawakan tadbir manusia, kejap lagi aku kena pergi jumpa dia di hospital.

Mana la aku tahu dia alah bunga seri pagi!

Nasib baik ada kurma.


Pukul 12 malam, dia bangun dari katil sambil gosok gosok perut. Cermin mata dibiarkan atas meja, dia langsung ke dapur mencari makanan. Peti ais cuma ada sambal bilis dua hari lepas, periuk nasi kosong, manakala benda yang boleh buat kudapan cuma cekelat hacks kenduri bulan lepas atas kabinet dapur. Ada maggi, tapi mahu simpan buat sahur nanti.

Dia duduk di meja makan, termenung. Cuba angkat tudung saji yang awal awal lagi dia tahu kosong dan tiba tiba ada benda jatuh ke bawah. Dia tengok dan nampak benda kaler koko atas lantai.

Syukur, ada kurma berbuka tadi! Fikirnya. Dia ambil dengan tangan, masukkan dalam mulut, kunyah pelan pelan. Makin pelan. Pelan yang amat pelan. Pelan sampai hampir berhenti. Pelan.

Yak!

Lipas.

Thursday 11 July 2013

The Baboon House

Beberapa bulan yang lepas, masa tu bulan Mac dua ribu tiga belas! Kitorang ada pergi ke Melaka bervacation dengan teman-teman kegemaran. Alangkah, seronoknya macam nak pergi berapa kali juta la. Masa tengah seronok dekat Melaka, kitorang ada la jugak plan nak pergi banyak tempat. So, pilih satu tempat paling bertuah. Mula-mula tu tak ada la rasa eksaited macam nak gila. Melaka ni cantik, sangat cantik. Petang tu kitorang dan teman-teman kegemaran pun cari la parking disebabkan terlalu sesak, kitorang park kereta dekat pintu belakang.

Ceyy.. Eksaited tu dah hampir muncul sepenuhnya. Bila dah jejak kaki masuk pintu belakang, selangkah kaki tu dah masuk, peh. Rasa dia macam ada dekat satu hutan dengar air terjun dan jauh dari bandar, no more vehicles. Lepas tu bila masuk situ kan, rasa macam masalah-masalah kitorang tertinggal sekejap kat pintu belakang. Sekejap tu dah cukup bermakna.

Cuba teka kitorang dekat mana? The Baboon House!


Masa dah masuk tu kemain kitorang teruja macam dah gila, serius. Teruja ni teruja yang paling teruja lah. Dan, struktur bangunan The Baboon House ni memang dari bangunan lama,  dinding pun banyak dah pecah-pecah. Itu la yang buat lagi stail.

The Baboon House ni ada buat art collection la, korang semua kena pakat mai sini tengok art collection yang ada kat sini, mungkin masa tu air liur meleleh pun tak sedar. Ah, cool la. Rasa nak ambil bantal tilam tidur kat tengah-tengah orang ramai lepas tu berangan.

The Baboon House ( Source : Google)
Disebabkan penat, kitorang berhenti la singgah tengok menu The Baboon House. Tapi makanan mostly tak halal so nak elakkan ragu-ragu or apa-apa saja, kitorang order air sambil main kad uno dan melukis dalam buku visitor of The Baboon House. Apa lagi, buat macam rumah sendiri la, feeling dia macam.. Korang datang sendiri rasa la.

Vietnamese Coffee (Source : Google)

Ni antara air yang kitorang order la yang rasa paling best. Datang sini rasa dulu, jangan terliur tengok gambar je. Dan, kitorang ada order lagi Mocha Ice Blended tapi sayang, gambarnya tak tersnap pulak duk busy melepak menyembang makan kan. Haaaaa.. Maacam ni la antara 5 bintang, kitorang vote 4.5! 

Lagi pun, The Baboon House ni ranking number dua antara dua ratus dua buah restoran yang ada dekat Melaka (Based on TripAdvisor)

Moh le kita ke The Baboon House. Hoyeah! \m/