Thursday 22 August 2013

Resepi Simple Lasagna

Ohooi.. Senang je nak buat lasagna ni. Sorry, gambar tak banyak yang ada tapi ni antara bayangan yang boleh korang imagin.

Ni instant lasagna yang boleh dibeli dekat Tesco atau Giant.

Please ignore cendawan organik dekat belakang tu entah macam mana termasuk sekali.




Bahagian A - Sos Daging
1 kotak instant lasagna
1 paket cheese parmesan dan mozzarella
2 tin sos pasta (jenama - prego)
1 paket daging kisar/cincang (jenama - ramly)
3 ulas bawang putih
1 biji bawang kuning/bombay (menumis)
4 sudu besar minyak zaitun (menumis) - guna minyak biasa pun tak apa
1 tin cendawan butang (jenama - ayam brand)
1 tin tomato puree (kalau nak bagi pekat)
1 sudu besar sos cili
serbuk black peper, garam, serbuk oregano dan gula secukup rasa

Bahagian B - Sos Putih/ Bachamel
3 sudu besar tepung gandum
3 sudu besar butter
500ml susu full cream /fresh cream (jenama - dutch lady)
1/3 cawan keju cheddar/cheesedale (pilihan sendiri)
sedikit serbuk black peper
garam secukup rasa


Cara Masak Bahagian A - Sos Daging
1. Masukkan 4 sudu besar minyak zaitun.
2. Tumiskan semua bawang putih dan bawang kuning yang telah dicincang sehingga naik bau.
3. Masukkan daging cincang sehingga daging menjadi agak masak.
4. Kemudian tuangkan sos prego kesemua sekali dan masukkan tomato puree.
5. Gaulkan sehingga bahan-bahan menjadi sebati, masukkan garam dan serbuk oregano secukup rasa.
6. Selepas itu, masukkan cendawan butang yang telah dipotong dadu serta 1 sudu besar sos cili.
7. Taburkan sedikit serbuk black peper. 

Cara Masak Bahagian B - Sos Putih/ Bachamel
1. Cairkan butter dengan menggunakan api yang kecil.
2. Masukkan tepung gandum dan gaul sebati.
3. Masukkan susu full cream.
4. Masukkan keju cheddar/cheesedale dan kacau sehingga keju menjadi sebati.
5. Masukkan garam sedikit dan gaul sampai agak kelikatan. 
6. Kemudian, tutup api. Ehehe!

Cara Melapis Lasagna
1. Ambil loyang yang mana korang nak. 
2. Lapisan pertama paling bawah, letakkan kepingan lasagna sehingga memenuhi loyang.
3. Lapisan kedua, taburkan dengan sos daging (bahagian A) yang dah dibuat tadi.
4. Lapisan ketiga, tuangkan sos putih/bachamel (bahagian B) sampai menutupi sos daging.
5. Ulang semula susunan kepingan lasagna, tabur sos daging dan tuang sos putih sehingga habis bahan.
6. Kemudian taburkan cheese parmesan dan mozarella sebanyak mana yang korang nak untuk lapisan paling atas
7. Pastikan oven dah dipanaskan awal-awal dengan suhu 180 celcius, so boleh la bakar dalam 30-40 minit sehingga nampak kaler cheese agak keperangan. (ikut size loyang korang jugak la, guna api atas dan bawah okay!)

Selamat mencuba semua. Dah siap nanti tangkap la gambar bagi ke Dilisyes. Yeah, rock n roll!


Lasagna!


0 comments:

Post a Comment