Showing posts with label fiksyen. Show all posts
Showing posts with label fiksyen. Show all posts

Saturday, 13 July 2013

Pedih.


Aku baru saja lepas beri dia kata kata nasihat tentang harus jadi lebih kuat dan jangan biarkan orang orang sekeliling layan kau macam budak sekolah yang tak tahu apa apa, rendahkan kau, pijak kepala kau serta macam macam perlakuan bodoh lain. 

Dia kata, saya tak sekuat awak. Macam mana awak jadi kuat eh?

Aku ketawa. Aku tunjuk ini, sambil pusingkan badan tunjuk bahagian belakang. Nampak tak? Aku tanya. Dia angguk angguk. Aku tanya dia lagi, nampak apa?

Dia jawab pisau. Aku geleng kepala. Bukan pisau, kataku. Habis apa? Tanya dia. Aku senyum lagi, dan menjawab -

pengalaman.

Maisarah Puasa Ni! - episod 1

Tahun ini, Maisarah dah pasang azam nak puasa penuh. Tahun lepas Maisarah puasa tak penuh sangat, banyak kali juga la dia pergi dapur minum air dan kantoi dengan ibu. Ada sekali tu dia pakai strategi buat buat lupa, tapi lepas itu ibu jumpa roti gardenia dengan nutella dalam bilik. Hihi

Hari ini hari pertama Maisarah puasa penuh. Kawan kawan dekat sekolah semua mengaku dah puasa penuh. Amran si Ketua Darjah yang gemuk tu pun mengaku puasa penuh sejak umur tiga tahun. Maisarah tak berapa percaya sangat, kalau betul puasa sejak tiga tahun, kenapa badan montel macam anak gajah. Hehe, Maisarah ketawa dalam hati. Ketawa dalam hati tak dosa.

Siang tadi, waktu dekat sekolah, masing masing cerita sahur pagi tadi makan apa. Semua mengaku bangun sahur, sampai Rajesh pun tak nak ketinggalan mengaku bangun sahur.

"Hangpa mangkit soq tak pagi tadi?" tanya Amran. Semua orang kerut dahi, ada yang tengok muka Amran dalam dalam, macam dia alien gemuk yang terjatuh dari bawah cahaya lampu spotlight macam Mr Bean. 

"Soq tu apa?" Mimi tanya. Amran jawab, sahur. Semua orang pun tanpa sebarang signal atau kiu kad terus muncung mulut dan cakap ooooo ramai ramai. "Cakap la sahur..." kata Mimi sambil tersengih menampakkan gigi rongak.

"Sahur tadi aku makan KFC" kata Amran. Sekali lagi semua disitu tanpa sebarang signal atau kiu kad terus muncung mulut dan cakap oooooooo. "Seronok la makan KFC. Kita pagi tadi sahur mee goreng dengan telur je mama masakkan" Mimi sekali lagi tersengih.

"Kau sahur tak Rajesh?" tanya Amran. Lekas lekas Rajest mengangguk, "Aku sahur makan capati. Sedap wooo".

"Kau Maisarah?" Amran tanya lagi. Dia cuba pastikan tak ada siapa siapa berjaya sahur KFC atau hidangan yang lagi sedap daripadanya. Maisarah garu kepala, macam mana dia boleh lupa sahur apa benda. Nak tipu jawab sahur KFC juga, nanti orang kata tiru Amran pula.

"Kita jawab esok boleh tak Amran?" tanya Maisarah. Amran mendengus, "Kenapa esok? Jawab je la hari ini".

"Tak tahu nama makanan tu apa, sedap sangat ibu kita masak. Lagi sedap dari KFC" kata Maisarah sambil angkat ibu jari ke atas. Semua orang tanpa sebarang signal dan kiu kad terus muncung mulut dan cakap ooooo. Amran je tak cakap sebab dia cemburu.

Tengahari itu dalam kereta waktu pulang dari sekolah Maisarah tanya ibu, "Ibu, pagi tadi kita sahur apa? Kenapa Maisarah tak ingat?". Ibunya ketawa kecil. "Memang la Maisarah tak ingat. Bangun sahur pun tak, nak ingat apa" jawab ibunya.

Tanpa sebarang signal, kiu kad mahupun kawan kawan yang lain, Maisarah muncung mulut dan cakap ooooooo. Cakap oooooo sorang sorang.

Friday, 12 July 2013

Morning Glory.

Pagi tadi waktu atas motor aku ternampak pokok bunga seri pagi warna kuning tepi jalan. Aku berhenti dan petik. Tersenyum, aku sudah bayang dalam kepala yang sebentar lagi aku akan jumpa dia dan cakap hai! Tahu ini apa? Ini bunga seri pagi, atau dalam bahasa inggerisnya morning glory. Pagi ini, awak lah morning glory saya, kata aku sambil menyangkutkan bunga itu ke telinganya. 

 "Sebab awak buat pagi saya berseri!" Kami akan ketawa dan gigi taringnya melambai keluar dari celah bibir merah itu. Oh malangnya petang itu aku kembali ke rumah dengan bunga seri pagi layu dalam poket. Benar lah yang takdir Tuhan itu mentertawakan tadbir manusia, kejap lagi aku kena pergi jumpa dia di hospital.

Mana la aku tahu dia alah bunga seri pagi!

Nasib baik ada kurma.


Pukul 12 malam, dia bangun dari katil sambil gosok gosok perut. Cermin mata dibiarkan atas meja, dia langsung ke dapur mencari makanan. Peti ais cuma ada sambal bilis dua hari lepas, periuk nasi kosong, manakala benda yang boleh buat kudapan cuma cekelat hacks kenduri bulan lepas atas kabinet dapur. Ada maggi, tapi mahu simpan buat sahur nanti.

Dia duduk di meja makan, termenung. Cuba angkat tudung saji yang awal awal lagi dia tahu kosong dan tiba tiba ada benda jatuh ke bawah. Dia tengok dan nampak benda kaler koko atas lantai.

Syukur, ada kurma berbuka tadi! Fikirnya. Dia ambil dengan tangan, masukkan dalam mulut, kunyah pelan pelan. Makin pelan. Pelan yang amat pelan. Pelan sampai hampir berhenti. Pelan.

Yak!

Lipas.