Friday 12 July 2013

Kacang Pool di Johor

Hey! Ini bukan resepi. Cuma nak cakap yang salah seorang alien dari Dilisyes telah pergi merasa satu makanan yang dia tak pernah rasa. Peh, makanan baru kira pertama kali makan la. 

Hey! Teringat lagi masa jalan-jalan Johor dari pagi buta sampai la matahari terbit. Naik kereta sambil dengar lagu-lagu yang dimainkan. Perut pun lapar.. Tunggu apa lagi? Terus cakap, "Woi, kita nak makan dekat mana ni?" Tapi soalan tak berjawab dengan jawapan. Diam.

Tup tap, tup tap, sampai satu tempat masa tu nampak macam foodcourt yang tempat lain pun pernah ada. So, masa tu dah bayangkan mungkin makan nasi lemak ataupun mee goreng (bosan gila menu makan pagi!) tapi rupanya masa tu dah sampai satu gerai bernama Kacang Pool Haji. Oh rupanya sekarang ada dekat Medan Selera Larkin Bomba, Johor Bahru.

Kawan tu cakap sini ada special untuk makan pagi macam ni. Ah, rupanya apa yang bakal masuk dalam perut adalah Kacang Pool. Sebenarnya Kacang Pool ni sebenarnya roti bakar  dan semangkuk kacang parang dimasak dengan daging dah diblend serta sebiji telur mata separa masak. Lepastu ada la limau kasturi  nak perah bagi masam sikit kalau sesiapa yang suka. 

Apa yang tahu, Kacang Pool ni tak menggunakan garam, gula atau perasa tambahan sebab adanya rempah ratus resepi Haji Kacang Pool sendiri.

Cara nak makan ada pelbagai jenis cara la. Salah satunya depends on orang suka macam mana. Pastikan tangan dah basuh, doa dah baca. Apa lagi,  cubit roti bakar sebanyak mana yang kita nak kemudian cicah dengan kacang pool dan telur mata. Dah ready, kita makan. Ouch! Sedaaaaaaaappp....

Datang la sini gerai Kacang Pool Haji dibuka dari pukul 7 pagi sampai 1 tengahari dan harga dia RM4 untuk satu set (tak tau la pulak kalau dah tukar jadual dan harga sekarang ni). Okay, selamat makan!


Kacang Pool

0 comments:

Post a Comment